AHLAN WASAHLAN KE PORTAL PUSAT SUMBER ABQORI SMKAKA

Wednesday 19 September 2012

Selamat Datang Ke Laman Abqori

ASSALAMUALAIKUM, AHLAN WA SAHLAN, SELAMAT DATANG, WELCOME

Pusat Sumber Sekolah merupakan pusat mengakses maklumat yang mengandungi pelbagai sumber bahan cetak, bukan cetak, dan digital yang diurus secara sistematik bagi meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan Pusat Sumber Sekolah merangkumi elemen perolehan dan pemprosesan bahan, perkhidmatan, pengesanan dan pendokumentasian sesuai dengan kemajuan teknologi maklumat masa kini. Pusat Sumber Abqori merupakan peneraju utama dalam memacu kecemerlangan dan keunggulan SMK AGAMA KUALA ABANG dalam semua aspek sama ada dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum.

Dari Meja GPM


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ahlan wa sahlan saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung PORTAL RASMI PUSAT SUMBER ABQORI SMKAKA. Laman portal ini sebenarnya masih diperingkat awal pembangunannya. Oleh yang demikian, ianya tidaklah begitu sempurna dan belum setanding dengan laman-laman portal pusat sumber yang hebat-hebat yang sedia ada di internet ini. Walau bagaimanapun, insyaAllah, portal ini akan terus dibangunkan sehingga ia setanding dengan laman-laman web lain sekaligus mampu memberikan khidmat literasi maklumat kepada pengguna, khususnya warga SMKAKA dan pengunjung-pengunjung lain amnya. Pandangan dan komen yang membina daripada para pengunjung amat diharapkan bagi menjadikan portal ini antara portal pusat sumber terbaik di alam maya. Jazakumullah khairan kathira…Wassalam.

Gotong-royong Bilik SAL/BBM


23 Mac 2012 – Satu gotong-royong mengemaskini semula Bilik SAL/BBM telah diadakan pada 22 – 23 Mac 2012. Gotong-royong yang bermula pada jam 3.30 petang (22 Mac) itu telah mendapat kerjasama yang amat baik daripada pengawas-pengawas pusat sumber. Ia turut  dihadiri oleh Ustaz Fadhli, Guru Perpustakaan & Media sendiri dan guru penyelaras Bilik SAL/BBM, iaitu Cikgu Raudah dan Ustazah Rosleza.
Gotong-royong ini dianjurkan bertujuan menyusun semula peralatan-peralatan BBM di dalam bilik tersebut bagi memudahkan guru-guru mengakses dan mendapatkan kemudahan pinjaman beralatan dan bahan.
Gotong-royong tersebut berakhir pada jam 12.00 tengahari (23 Mac) dengan sedikit jamuan disediakan oleh GPM sendiri. Pusat Sumber Abqori merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah terlibat menjayakan program ini. Syukran jazilan.


PENAFIAN

Admin Blog ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.
Hakmilik © 2012