AHLAN WASAHLAN KE PORTAL PUSAT SUMBER ABQORI SMKAKA

PERATURAN

PERATURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 

  1. 1.1 Peraturan Am
  2. 1.2 Peraturan Khusus
  3. 1.3 Peraturan penggunaan alat / ruang 
  4. 1.4 Peraturan Pinjaman dan Pemulangan bahan / alat 


5.1 PERATURAN-PERATURAN PERPUSTAKAAN 

Disiplin

Pelajar diminta senyap apabila memasuki perpustakaan.
Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku.
Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam Perpustakaan.
Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis dan mengubah kedudukan kerusi meja di dalam perpustakaan tanpa kebenaran guru PSS.
Pelajar dikehendaki duduk di tempat-tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun di rak-rak, pintu dan kaunter.
Pelajar dikehendaki memasukkan kembali kerusi ke bawah meja dengan kemas selepas digunakan.
Pelajar tidak boleh mengadakan mesyuarat atau perjumpaan di dalam perpustakaan tanpa kebenaran.
Pelajar tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.
Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar perpustakaan di tempat yang disediakan.

Bahan-bahan Perpustakaan

Pelajar mesti menggantikan kos buku-buku yang dihilangkan, diconteng atau dirosakkan.
Akhbar atau majalah hendaklah dikembalikan ke tempat asal dan tidak dibenarkan dibawa keluar dari Perpustakaan.
Buku-buku yang selesai digunakan hendaklah diletakkan di tempat disediakan.

Pakaian

Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada dalam perpustakaan.
Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah adalah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke Perpustakaan.

Peringatan: Tindakan boleh diambil pada pelajar-pelajar yang melanggar 
 peraturan Perpustakaan.
5.2 PERATURAN PENGGUNAAN PSS UNTUK GURU 

Guru-guru perlu mengisi Buku Penggunaan bilik semasa menggunakan bilik Pusat Sumber (Perpustakaan atau Bilik Audio Visual.

Guru-guru pengiring perlu mengawal disiplin pelajar di dalam bilik-bilik Pusat Sumber.

Sebarang tempahan penggunaan bilik perlu dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum hari penggunaan.

Semua peminjaman bahan dan buku perlu dibuat dengan pengawasan Pengawas Pusat Sumber bertugas atau Guru PSS.

Guru-guru perlu memastikan semua suis ditutup dengan elok dan bilik dikunci selepas menggunakan bilik-bilik Pusat Sumber.



5.3   PERATURAN PENGGUNAAN BILIK APD

Disiplin

Pelajar diminta senyap apabila memasuki bilik APD.
Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam bilik APD.
Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis televisyen, video, radio atau peralatan lain serta mengubah kedudukan peralatan ini tanpa kebenaran. 
Pelajar dikehendaki menyusun semula kerusi meja sebelum meninggalkan bilik ini.
Pelajar tidak dibenarkan masuk ke bilik APD semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.
Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar bilik  APD di tempat yang disediakan.

Bahan-bahan bilik APD

Sebarang perisian seperti cakera padat, kaset, pita video dan lain-lain tidak dibenarkan ditayang tanpa kebenaran Guru PSS.
Segala perisian di dalam bilik  APD tidak boleh dikeluarkan dari bilik ini tanpa pengetahuan Guru PSS.

Pakaian

  1. 1. Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada dalam bilik APD
  2. 2. Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah adalah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke bilik APD

5.4 PINJAMAN DAN PEMULANGAN BAHAN / ALAT 


Pinjaman Buku Rak Terbuka

Pastikan nama yang tertera dikad perpustakaan yang digunakan adalah kepunyaan si peminjam.
Pastikan peminjam berkenaan tidak berhutang apa-apa dengan perpustakaan

Contoh :-

Buku-buku yang dipinjam telah dipulangkan dan denda telah dibayar (jika ada). Peminjam yang masih berhutang tidak boleh meminjam apa-apa dari perpustakaan sehingga beliau menjelaskan hutangnya.

Semua pelajar meminjam buku dengan menggunakan kad matrik ( bar 
kod ) menggunakan system pustakawan berkomputer .
Cop tarikh pemulangan buku pada helaian kertas 'Tarikh Pulang' (dibelakang buku).
Serahkan buku kepada si peminjam dan kad pinjaman 
Pastikan semua data pinjaman buku dibuat menggunakan system pustakawan berkomputer .

PERINGATAN.

Tempoh pinjaman sebuah buku ialah 5 hari buku rujukan dan 5 hari BF
Seorang pelajar dibenarkan meminjam  3 buah buku sahaja pada satu-satu masa (kecuali PPSS)
Pinjaman buku rak terbuka boleh dilakukan pada waktu rehat dan juga selepas waktu sekolah. (Dalam kes-kes tertentu, pelajar boleh meminjam di luar waktu pinjaman melalui guru atau Kerani Perpustakaan)
Seorang guru hanya dibenarkan dibenarkan meminjam maksimum 30 buku pada satu-satu masa dalam jangka masa 3 bulan . Bagi peminjaman seterusnya, beliau mestilah memulangkan buku-buku yang dipinjam sebelumnya.
Pengawas PSS yang bertugas di kaunter mesti menjalankan tugas dengan tenang dan senyap
Pelajar mestilah beratur dengan senyap dihadapan kaunter peminjaman. Pelajar yang ingkar tidak akan dilayan







Pemulangan Buku Rak Terbuka


Pastikan tarikh buku dipulangkan tidak lewat daripada 'Tarikh Pulang' yang sepatutnya
Jika buku lewat dipulangkan, peminjam akan didenda Jika peminjam berkenaan tidak dapat membayar dendanya pada waktu itu, beliau boleh membayar pada lain hari
Setiap kutipan denda hendaklah dicatat dalam ;Buku Denda' dan wang diserahkan kepada Bendahari pada hari yang sama
Jika buku yang dipinjam hilang, peminjam diminta membayar harga asal buku berkenaan  
Lewat sehari para pelajar akan dikenakan denda sebanyak 10 sen . 
Denda akan dikenakan mengikut bilangan hari lewat bagi setiap buku .
Sekiranya pelajar tidak mampu membayar denda kerana kecuaian sendiri 
Maka mereka tidak akan dibenarkan meminjam buku sehingga denda dilangsaikan . 



KELAYAKAN PEMINJAM DAN JUMLAH PINJAMAN

SYARAT UMUM

Staff
Guru dan Pekerja
Mempunyai kad pinjaman buku  kad matrik berkod bar 
Tidak dibenarkan meminjamkan kad kepada orang lain.

PELAJAR BIASA

Contoh
Pelajar Tingkatan I hingga Vl.
Kad Pinjaman Buku  - kad matrik berkod bar.
Maksima 3 buah buku - sekali pinjam

PELAJAR TINGKATAN VI  

Contoh
Kad pinjaman matrik berkod bar
2 buku rak terbuka
1 buku rak tertutup
Maksima 3 buah buku dari mana-mana kombinasi - sekali pinjam (Budi bicara sekolah).




PENGAWAS PUSAT SUMBER DAN PENGAWAS SEKOLAH

Contoh
Tingkatan III dan V.
Kad pinjaman matrik berkod bar
Tingkatan VI :
Berhak meminjam maksima 5 buku pada satu-satu masa

GURU

Contoh
Kad Matrik berkod bar
30 buah buku dari rak terbuku atau rak tertutup ( budi bicara )

TEMPOH PINJAMAN

Contoh
Buku rak tertutup - sehari
Buku rak terbuka - 1 minggu
Majalah - selepas berusia sebulan
Bank Soalan - 2 jam (rujukan dalam perpustakaan sahaja).

PEMINJAMAN DAN PEMULANGAN

Contoh
Mengikut jadual waktu penggunaan PSS.

PERATURAN PINJAMAN

Contoh
Kad tidak boleh dipindah hak milik
Tanggungjawab pelajar menjaga buku yang dipinjam. Jika hilang, pelajar wajib membayar balik mengikut harga asal buku tersebut.
Sila beratur semasa melakukan proses pinjaman dan pastikan dalam keadaan senyap.
Sila pastikan tarikh pemulangan tidak lewat dari 'tarikh pulang'. Jila lewat, tindakan akan diambil.
Kertas soalan Tahun Lepas/Bank Soalan - Jika didapati pelajar mencoteng atau menghilangkannya, pelajar wajib membayar harga fotostat untuk setiap muka surat.
Sekiranya melanggar peraturan yang ditetapkan, kad pelajar akan ditahan.

KAD PINJAMAN.

Menggunakan kad yang ditetapkan oleh PSS.
Sistem Kad :-
Cara pengedaran Kad PSS ditentukan oleh Setiausaha PSS.

No comments:

Post a Comment


PENAFIAN

Admin Blog ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.
Hakmilik © 2012